Monday, May 7, 2012

MISI SEKOLAH

MERIALISASIKAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN YANG HOLISTIK DENGAN PENDIDIKAN BERKUALITI MELALUI PENDEKATAN BERSEPADU BERASASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

VISI SEKOLAH

SKLS ANTARA SEKOLAH YANG TERBILANG DI NEGERI KELANTAN

Sunday, May 6, 2012

KEISTIMEWAAN PSS

KHIDMAT PSS

AJK PSS

PENGENALAN PSS

1.1
SEJARAH PENUBUHAN PSS
Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Lubok Setol merupakan suatu sistem
proses pengurusan yang memberi tumpuan kepada penyediaan pelbagai
kemudahan dan perkhidmatan sumber. Dalam konteks ini Pusat Sumber
sekolah ini menjadi entity subordinate yang bertindak sebagai
pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan, sekaligus memperkasakan
kualiti modal insan warga sekolah ini.
Bagi
menjamin tanggungjawab teras ini dapat dilaksanakan, pihak pengurusan
Pusat Sumber Sekolah berperanan secara aktif dalam mengurus sumber
seperti guru-guru, kakitangan, pelajar, harta modal dan bahan-bahan
maklumat dan teknologi melalui prosedur dan tindakan yang terancang.
Pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang cekap dan sistematik dapat
memberi impak perkhidmatan yang efektif kepada semua pengguna yang
terdiri daripada pelajar, guru dan kakitangan termasuk lain-lain
‘stake holders’.
Pusat
Sumber Sekolah Kebangsaan Lubok Setol bermula dengan sebuah bilik
bacaan induk dan sebuah bilik APD sahaja. Bilik bacaan induk tersebut
hanya berkeluasan sebuah bilik darjah dan mampu menampung seramai 40
orang pelajar. Sementara bilik APD pula hanya mempunyai keluasan
setengah bilik darjah dengan kapasiti 30 orang pelajar.